Sunday 10 March 2013

LPPKN – Program Subsidi Mamogram / Mammogram Screening Program





Malaysia Mammogram Screening Program - Early Detection Saves Lives.

Introduction

In the 2007 Budget Policy, the Government has approved the proposal from the Ministry Of Women, Family and Community Development (MWFC) to provide a RM50 subsidy for every mammogram done in private clinics and hospitals registered with LPPKN. The objective of the subsidy is to promote greater awareness among women in the eligible group to undergo mammogram screening for early detection of breast cancer.

Breast cancer is the leading cause of cancer deaths in women in Malaysia. Women aged 40 and above are encouraged to undergo mammogram screening apart from performing self breast examination and clinical breast examination.

Who qualifies for the subsidy ?

Women who qualify for the subsidy are Malaysian citizens and permanent residents, aged 40-69 years, with monthly household income of RM5,000.00 or less and fulfilling one of the criteria below :-

  • Women at high risk for breast cancer, or
  • Women referred for diagnostic mammogram, or
  • Mammogram screening before starting hormone replacement theraphy, or
  • Mammogram followup for those already in the subsidy programme

Criteria for High Risk Women

Having one of the following factors :-


  • Family history of breast cancer
  • Mother, sisters or daughters who had breast cancer before the age of 50 years; and
  • Two or more maternal or paternal relatives ever had breast cancer (grandmother, aunt, niece)
  • Previous history of atypia on breast biopsy; or
  • Previous history of breast cancer or ovarian cancer; or
  • Currently on hormone replacement theraphy or

Having two of the following factors :-


  • Family history of ovarian cancer
  • Mother, sisters or daughters ever had ovarian cancer before the age of 50 years; and
  • Two or more maternal or paternal relatives ever had ovarian cancer (grandmother, aunt, niece)
  • Women who have no children or who had their first child after the age 30 years; or
  • Had the first menstrual period before the age of 12; or
  • Body Mass Index of more than 30
Women who are interested may apply at any LPPKN / Klinik Nur clinics nationwide. Those eligible will have to undergo breast examination of the clinic prior to referral for mammogram.

Frequency of screening

Annually for those who are eligible

Mammogram Centres registered under the Subsidy Programme

The list of Mammogram Centres registered under this subsidy programme is available at all the LPPKN website www.lppkn.gov.my

Women may choose any preferred mammogram centre.


(Malay LanguageVersion)

Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutama wanita mengenai kanser payudara, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan Program Subsidi Ujian Mamogram. Program ini mensasarkan kepada wanita warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur    40-70 tahun yang layak bagi mendapat saringan ujian mamogram di Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar dengan LPPKN. Walaubagaimanapun bagi wanita yang berumur 35-39 tahun yang mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara sebelum berumur 40 tahun juga layak mendapat subsidi ini melalui rujukan Doktor.

Ujian saringan mamogram PERCUMA diberikan kepada wanita yang berisiko tinggi berpendapatan isirumah RM5000 dan ke bawah. Manakala bagi wanita yang berpendapatan isirumah melebihi RM5000, subsidi sebanyak RM50 diberikan bagi setiap ujian mamogram yang dilakukan.

Wanita yang tidak mempunyai sebarang gejala dan tanda pada payudara mereka digalakkan untuk menjalani ujian mamogram melalui Klinik-Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara. Wanita yang layak akan dirujuk ke      Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar di bawah program ini.

Bagi wanita yang telah dikesan positif kanser, diharap dapat menjalani penyiasatan lanjut dan mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta. Wanita yang memerlukan bantuan kewangan, kaunseling dan sokongan khidmat nasihat akan diberikan oleh pelbagai agensi yang berkerjasama di bawah program ini.

Semoga Program Subsidi Ujian Mamogram dapat memberi manfaat kepada wanita dalam usaha pengesanan awal kanser payudara.

 “Mamogram Mengesan Apa Yang Tidak Kelihatan”


Pengenalan
Kerajaan dalam pembentangan Dasar Bajet 2007, telah meluluskan permohonan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memberi subsidi sebanyak RM50.00 bagi setiap ujian mamogram yang dijalankan oleh wanita di pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN.
Tujuan pemberian subsidi ini adalah untuk menggalakkan wanita dalam kategori layak melakukan ujian mamogram bagi pengesanan awal kanser payudara.

Siapa yang layak mendapat subsidi?

Wanita yang layak mendapat subsidi ini adalah warganegara Malaysia atau penduduk tetap yang berumur 40 - 69 tahun dengan pendapatan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah sebulan dan menepati kriteria berikut iaitu:



  • mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payudara, atau
  • wanita yang dirujuk untuk ujian diagnostik mamogram, atau
  • ujian mamogram saringan sebelum memulakan Terapi Hormon Gantian, atau 
  • ujian mamogram ulangan bagi program subsidi



Kriteria Bagi Wanita Berisiko Tinggi

Jika mempunyai salah satu faktor yang berikut :

  • mempunyai sejarah keluarga menghidapi kanser payudara,
  • ibu, kakak, adik perempuan atau anak perempuan menghidapi kanser payudara sebelum usia 50 tahun dan
  • Dua orang saudara atau lebih sebelah ibu atau bapa mempunyai kanser payudara (nenek, ibu saudara, anak saudara perempuan)
  • pernah mempunyai atypia pada biopsi payudara
  • atau pernah menghidapi kanser payudara atau kanser ovari
  • atau menerima rawatan terapi hormon gantian
Atau jika mempunyai dua faktor yang berikut:
  • mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser awal
  • Ibu, kakak, adik perempuan atau anak atau anak perempuan menghidap kanser ovari sebelum usia 50 tahun dan
  • Dua orang saudara atau lebih sebelah ibu atau bapa mempunyai kanser ovari (nenek, ibu saudara, anak saudara perempuan)
  • tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama selepas usia 30 tahun, atau
  • haid pertama pada usia kurang dari 12 tahun, atau
  • menopaus pada usia lebih 56 tahun, atau
  • BMI lebih dari 30 
Bagaimana untuk menyertai program ini

Wanita yang berminat boleh memohon melalui klinik-klinik LPPKN di seluruh negara. Pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan payudara di klinik LPPKN terlebih dahulu sebelum dirujuk untuk menjalani ujian mamogram.

Kekerapan Ujian

- 1 tahun sekali dalam kategori layak




Pusat-pusat Mamogram yang Layak

Sila rujuk kepada mana-mana klinik LPPKN yang berhampiran untuk mendapatkan senarai pusat-pusat mamogram swasta yang menyertai Program Subsidi Ujian Mamogram ini.

Wanita boleh memilih sendiri pusat-pusat mamogram tersebut mengikut kesesuaian.






No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments.